




 |
|
|
Sistem
Cahayaku® merupakan teknik pengajaran
Bahasa Melayu dengan lebih pantas dan sempurna dari cara yang biasa. Ia adalah hasil ciptaan seorang
guru; Chahaya Abdul Manan bagi mengajar kanak-kanak istimewa khususnya (lembam, autistik)
dan kanak-kanak biasa secara amnya. Dengan bantuan rakannya Rohana Yahya, beliau
telah menulis sebuah buku yang menjelaskan teknik - teknik beliau kepada pihak umum.
Sistem Cahayaku® menggunakan mimik muka yang melibatkan
posisi gigi, bibir dan lidah serta membunyikan perkataan berdasarkan susunan perbuatan
(mimik). Sistem ini
juga menggunakan kaedah secara bermain dalam proses pembelajaran. Tempoh pembelajaran
bahasa Melayu juga dipendekkan ke 1 hingga 6 bulan, berbanding dengan sistem biasa
yang memakan lebih banyak masa. Kini ramai pelajar buta huruf, autistik dan lembam
dapat membaca dan menyebut Bahasa Melayu baku dengan sempurna, ini jelas membuktikan
keberkesanan sistem Cahayaku®. |